Saturday, November 23, 2013

Nasihat pernikahan dari para ulama

Berikut ini beberapa nasihat pernikahan dari para ulama:
  1. Dapatkan dan amalkan ilmu Fardhu Ain. Usahakanlah kefahaman tentang Islam sebagai sistem hidup serta konsep rumahtangga yang diredhai Tuhan. Perlu faham tugas dan peranan masing-masing sebagai isteri atau suami agar tahu untuk bertanggung jawab serta berupaya untuk saling menghargai. Ref: [Kewajiban Suami] [Kewajiban Istri]
  2. Mesti mempunyai kesediaan untuk bersabar dan redha atas apa jua tingkah polah pasangan masing-masing. Watak manusia tidak sama antara satu sama lain. Kenalah banyak bersabar apatah lagi kita pun sedar dengan kelemahan kita. Jika kita mau orang lain memahami kita, wajarlah untuk kita juga berusaha memahami orang lain. Jika kita sedar kita juga ada kelemahan, maka bersabarlah dengan kelemahan yang kita temui pada orang lain terutama pasangan hidup kita.
  3. Suami mesti jadi pemimpn dan pendidik yang matang dalam menghadapi perilaku isteri. Dalam kata lain, suami mesti mampu menjadi contoh teladan untuk diikuti oleh isteri Didiklah isteri untuk dapat menghayati ajaran agama iaitu mendapat rasa hati yang takut dengan Tuhan. Inilah pertunjuk keupayaan dan kewibawaan seorang suami. Tanpa kewibawaan seorang suami, dimanakah rumah tangga bahagia mampu dibina?
  4. Kedua-dua pihak perlu mempunyai sikap bertenggang rasa dan berlapang dada. Ini adalah obat bagi pertentangan pendapat, krisis dan pertengkaran. Masing-masing perlu tahu, kapan masanya dia perlu mengalah. Ada waktu isteri mengalah dan ada waktu suami pula yang bertenggang rasa. Membiarkan pasangan kita dengan pendiriannya tanpa memaksanya mengikut kehendak kita adalah suatu hikmah yang bijaksana. Berdiam dirilah terlebih dahulu untuk kita betulkan kemudian di waktu yang lebih sesuai, pada waktu dia bersedia mendengarnya pula pandangan kita.Tunggulah masa-masa yang sesuai dalam berbincang dan memberi pandangan. Tidak semua yang kita mau akan disetujuinya dengan mudah. Suami atau isteri yang soleh atau solehah akan menjadikan doa munajatnya dengan Tuhan sebagai sumber kekuatan untuk dia mengalah dan dibantu Tuhan jika pandangannya benar dan tepat di sisiNya!!
Sumber:

No comments:

Post a Comment